Sekolah Kebangsaan Seri Aman berasal dari sekolah persendirian Inggeris di Bedong yang wujud sejak zaman sebelum perang lagi.Malangnya sekolah tersebut terpaksa ditutup semasa pendudukan Jepun.
Pada tahun 21.02.1954,satu mesyuarat penaja 'Bedong English School Building Committee' telah mencetuskan penubuhan semula sebuah sekolah di bedong.Dengan sumbangan kewangan yang menggalakkan daripada orang ramai,peruntukan kewangan dan sebidang tanah seluas 5 relong 320 jemba daripada Kerajaan Negeri, sebuah bangunan 6 bilik darjah,pejabat,kantin dan tandas didirikan dan siap pembinaannya pada bulan disember 1954.
Bangunan kantin sekolah
Bangunan Perpustakaan sekolah
Bedong English School dibuka dengan rasminya oleh Almarhum DYMM Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah pada 2 januari 1955.Pada tahun 1957,sebuah bangunan 4 bilik darjah didirikan dengan menggunakan wang lembaga dan sumbangan Sekolah Persendirian yang menumpang pada sesi petang.
Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas dua ekar dan turut didirikan bangunan konkrit.
Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.
Datang dengan senyuman,Pulang dengan kenangan
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia